Aku terbaca artikel ni masa dok selak majalah wanita keluaran 17-23 April 2009, mungkin panduan ni boleh digunakan oleh my lovely hubby..sian, kat myhubby sebab sejak jumaat lepas macam ade masalah nak tidur malam aje..bila bangun pagi mesti pening kepala sebab tak cukup tidur. Semoga panduan ni dapat membantu myhubby
Amalkan memakan makanan yang boleh memberi anda rasa tenang dan sekaligus boleh membantu mengatasi masalah sukar tidur. Lebih murah, jimat dan berkesan. Makanan tersebut ialah:-
1. Pisang
Pisang seperti ayam, beras merah dan sebagainya, buah pisang juga kaya juga kaya dengan tryptophan.
2. Salad
Menurut Gillian McKeith, pakar nutrisi holistik, mengambil salad pada malam hari boleh membuat anda tidur lebih nyenyak. Ini kerana zat yang menyerupai susu atau lactucin, yang terkandung dalam salad boleh membuat anda lebih relak dan tidur dengan lebih nyenyak.
3. Sayuran Hijau
Kandungan mineral magnesium yang terdapat di dalam sayuran hijau lebih efektif untuk memberi rasa tenang dan relak pada otot-otot dan saraf di dalam tubuh. Anda disarankan mengambil sayuran seperti kobis bunga, brokoli serta sawi di dalam menu anda.
4. Daging Ayam
Daging ayam mengandungi tryptophan iaitu sejenis asid amino. Tryptophan ini kemudiannya akan berubah menjadi hormon tidur melatonin yang ada di otak. Selain ayam, tryptophan ini boleh didapati di dalam beras merah, ikan, biji labu, tuna dan yogurt semula jadi.
5. Oat
Cuba nikmati semangkkuk oat di waktu malam. Ia amat baik kerana oat mengandungi zat yang bersifat menenangkan dan memperbaiki. Kandungan ini tentunya akan membuat tidur malam anda lebih nyenyak.
6. Madu
Kajian menunjukkan bahawa madu merupakan ubat tidur yang semula jadi. Ini disebabkan madu mengandungi bahan semula jadi yang dikenali dengan nama orexin. Zat ini boleh menenangkan dan merehatkan otak.
7. Karbohidrat Kompleks
McKeith juga menyarankan kepada anda agar mengambil karbohidrat kompleks yang boleh ditemui di dalam makanan seperti beras, gandum atau kentang. Memakan makanan yang mempunyai karbohidrat akan menggerakkan insulin yg penting membawa tryptophan ke otak.
8. Telur
Makanan yg kaya akan niasin ini sangat membantu anda untuk tidur dengan lebih nyenyak kerana terlibat dalam sintesis seratonin. Telur, ikan, ayam, kacang polong dan beberapa jenis makanan lagi antara yang kaya dengan kandungan niasin ini.
9. Teh Chamomile
Teh hangat boleh membuat anda relak, tetapi jika ingin tidur selama lapan jam setiap hari, teh ini adalah pilihan terbaik anda. Kata McKeith, teh ini mengandungi zat penenang semula jadi yang boleh merehatkan saraf yang tegang.
Saturday, November 14, 2009
Sumber Makanan Bantu Tidur Lena
Posted by Nordiana Nordin at 3:02 PMFriday, November 13, 2009
Belajar ketika bermain
Posted by Nordiana Nordin at 2:52 PM
zana memang suka bermain..kalu dia sihat asyik keje bermain je..sambil mengemas..tak payah cakap le..camne rupa rumah kalu farzana dah start main dan mengemas..ada sedikit info pasal kanak-kanan dan permainan yang sesuai.
Permainan bukan sahaja membantu kreativiti, malah kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai keyakinan yang lebih tinggi dan kurang tekanan atas desakan kawan-kawan. Apabila seorang kanak-kanak itu bermain, dia akan mempunyai matlamat dan apabila matlamat itu tercapai, si kecil akan berasa puas dan seterusnya membina keyakinan diri.
Kanak-kanak yang bermain sekurang-kurangnya 30 minit sehari menunjukkan tahap daya tenaga yang lebih tinggi secara hipotesisnya, mempunyai daya tumpuan yang lebih baik yang dapat memberi kebaikan kepada kebolehan pembelajaran..
Oleh, itu sebagai ibu bapa..galakkan anak kita bermain terutama permainan yang boleh memberi pengalaman dan memberi ilmu kepada anak kita..yang penting aktiviti bermain itu tidak melibatkan perkara yang membahayakan dan berisiko kepada anak kita..
Info dari Majalah Pa & Ma keluaran Jun 2009
Thursday, November 12, 2009
Jus Buah-buahan Segar
Posted by Nordiana Nordin at 11:00 PMAnak Kecil yang berusia ssatu hingga enam tahun merupakan tempoh tumbesaran kritikal bagi setiap kanak-kanak. Makan makanan yang berkhasiat. Elakkan makanan yang manis, yang menggalakkan obesiti pada kanak-kanak. Untuk meneutralkan kembali makanan manis itu, buat just segar buah-buahan untuk anak kecil. Jus segar oren dan epal adalah pilihan yang digemari oleh anak kecil.
Sumber: Majalah Pa & Ma edisi Julai 2009
Wednesday, November 11, 2009
Conference Hacker Halted 2nd days
Posted by Nordiana Nordin at 9:15 PMHari ni last days conference..pagi tadi stay kejap kat kl sentral sarapan dulu then tak sangka rupanya bila lagi lambat orang makin ramai..putra ke ampang park penuh dengan manusia..sendat cam sardin..emm, jenuh betul rase..sib baik le 4 hari je kena alami situasi ni kalau tak memang haru le..
2nd days topic conference more general like advanced sql injection, cybercrime in malaysia, the state of IT Security across borders and combat scripting pyhton style..intresting topic is advanced sql injection le..sebab dia buat live demo camne hackers use the sql injection to hack at website..tomorrow workshop provide more details about this topic.
conference abis awal skit, so tak le aku sampai umah malam macam semalam..dalam kul 7.00 malam dah sampai kat putrajaya..ok continue tomorrow for workshop..
Tuesday, November 10, 2009
Hacker Halted Asia Pacific 2009 Conference
Posted by Nordiana Nordin at 10:22 PMHari ni dan esok aku busy ngan conference,so far conference hari ni ok..ni baru je sampai dari ampang park..conference kat hotel nikko jalan ampang kl..
ada ramai juga speaker tadi..dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, topik yang interested cam digital forensic and how hacker hacks down the system..very informative topic regarding security siap ade demo camne hacker steal the credit card number..so never trust the untrusted email or link..
malam ni lak ada night hacker live..aku tak join sebab kul 7.00-10.00 malam..kul berapa mau sampai putrajaya..insyaallah nanti aku attach gambo dah more info regarding that conference to share with all the friends..
Monday, November 9, 2009
Duri - Fauziah Ashari
Posted by Nordiana Nordin at 12:53 PM
Ni lah hobi lamaku membaca novel sejak pergi ke perpustakaan JAS dan ada beberapa novel di sana aku pinjam kembali.Nak kongsikan mengenai novel Duri tulisan novelis kesukaan ku Fauziah Ashari. Sedikit sinopsis mengenai novel ini:-
"Ku dengar nafasmu dihembus angin yang menyapa"
sinopsis belakang buku:
DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur.
Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula ibu mentua yang egoistik.
Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara?
Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati sufi yang penuh duka dan dendam?
Ikutilah kisah sufi yang cuba mencabut DURI di hati.
Apa yang aku nak ulas tentang novel ni alah DURI yang menjadi elemen utama dalam novel ini..DURI=Dendam, inilah satu penyakit hati yang boleh memusnahkan hati dan diri manusia..novel yang bagus kerana dapat memberi iktibar kepada pembaca akan kesan dendam bila telah menguasai diri.
Ingat dendam bukan penyelesaian kepada setiap masalah. Perasaan marah yang tidak dapat dilenyapkan akan mewujudkan perasaan dendam. Maka hati akan berasa berat untuk memaafkan seseorang dan terbitlah perasaan benci serta ingin menjauhkan diri daripada orang itu.
Perasaan dendam juga akan menyebabkan kita menghukum pihak yang melakukan kesalahan dengan pelbagai perkataan buruk hina lagi mengaibkan yang tidak patut keluar daripada lidah jika kita benar-benar beriman kepada Allah.
Hendaklah kita sedaya-upaya menghindari untuk membalas kejahatan dilakukan orang lain dengan kejahatan atau mencela dan mengaibkan mereka. Jangan kita membalas celaan dengan celaan, umpatan dengan umpatan, caci-maki dengan caci-maki kerana ia hanya akan mengeruhkan suasana.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika ada seseorang mencelamu dengan sesuatu noda yang ada dalam dirimu, maka janganlah mencelanya dengan menunjukkan suatu noda yang ada di dalam diri orang itu." (Riwayat Imam Ahmad daripada Jabir bin Muslim)
Sumber dari http://rinntisan.blogspot.com/2009/09/review-24-duri-by-fauziah-ashari.html dan http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7345.0
Sunday, November 8, 2009
Doa untuk anak-anak
Posted by Nordiana Nordin at 10:12 AMSetelah semua usaha dilakukan untuk meminta sesuatu, kita diminta berdoa kepada Yang Maha Esa agar dimakbulkan apa yang telah diusahakan.Antara amalan dan doa untuk zuriat kita ialah:-
1. Amalkan membaca 'Ya Latif' sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.
2. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:"Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambanya: Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki.Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah." Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
3. Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah Al Imran ayat 200 yang bermaksud: " Hai orang-orang yang beriman!Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan."
4. Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang.Kesemua ini adalah doa pelembut hati.
5. Amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak mengulangkaji buku-buku dan membaca al-Quran.
6. Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah Al Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud: " Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa."
7. Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
8. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud,"Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam yang bagi orang yang bertakwa" dan Surah Ibrahim yang bermaksud:"Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku!Kabulkanlah doa kami."
9. Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat-solat sunat dan mendoakan kesejateraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.
Jadikana doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak. Sharing is caring. Marilah sama-sama kita amalkan.
Info dipetik dari Majalah Pa & Ma Keluaran Julai 2009.
Saturday, November 7, 2009
Score A Programme
Posted by Nordiana Nordin at 11:04 AM
Ni salah satu portal pendidikan yang baik, dah bagi pada adik bongsu ku untuk cuba memang bagus dam menarik.
Score A - ialah Portal pendidikan 24 jam. Program Latihtubi terkini bagi tahun 1 hingga tingkatan 5. Malah diiktirafkan oleh Kementerian Pelajaran. Dari sini juga boleh jana income lumayan.
Jadi sesiapa yang berminat boleh lawati lama web ini untuk tengok macam mana rupa Score A Programme ni..http://www.scorea.com/eng/index.cfm. Jika berminat untuk langgani boleh bagitau saya untuk dapatkan contact person.




