Sunday, November 8, 2009

Doa untuk anak-anak

Setelah semua usaha dilakukan untuk meminta sesuatu, kita diminta berdoa kepada Yang Maha Esa agar dimakbulkan apa yang telah diusahakan.Antara amalan dan doa untuk zuriat kita ialah:-

1. Amalkan membaca 'Ya Latif' sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:"Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambanya: Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki.Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah." Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

3. Ketika memasak,sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah Al Imran ayat 200 yang bermaksud: " Hai orang-orang yang beriman!Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan."

4. Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang.Kesemua ini adalah doa pelembut hati.

5. Amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak mengulangkaji buku-buku dan membaca al-Quran.

6. Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah Al Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud: " Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa."

7. Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

8. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud,"Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam yang bagi orang yang bertakwa" dan Surah Ibrahim yang bermaksud:"Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku!Kabulkanlah doa kami."

9. Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat-solat sunat dan mendoakan kesejateraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.

Jadikana doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak. Sharing is caring. Marilah sama-sama kita amalkan.

Info dipetik dari Majalah Pa & Ma Keluaran Julai 2009.

post signature

2 comments:

mastura said... ~~ Balas Komen ini ~~

Thanks for the good info.. Bole la amalkan pasni.. Anak mas skang mmg susah dah nk control.. tak cam mase baby dulu..

Nordiana Nordin said... ~~ Balas Komen ini ~~

emm,budak2 gitule..diana pernah cuba yang no.7 tu masa tu farzana suka mengamuk siap baring2..allhamdulillah lepas tu dia dah ok tak ade mengamuk baring2 kalu apa yang dia nak tak dapat..cuba le..insyaallah..

Post a Comment