Friday, November 13, 2009

Belajar ketika bermain



zana memang suka bermain..kalu dia sihat asyik keje bermain je..sambil mengemas..tak payah cakap le..camne rupa rumah kalu farzana dah start main dan mengemas..ada sedikit info pasal kanak-kanan dan permainan yang sesuai.

Permainan bukan sahaja membantu kreativiti, malah kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai keyakinan yang lebih tinggi dan kurang tekanan atas desakan kawan-kawan. Apabila seorang kanak-kanak itu bermain, dia akan mempunyai matlamat dan apabila matlamat itu tercapai, si kecil akan berasa puas dan seterusnya membina keyakinan diri.

Kanak-kanak yang bermain sekurang-kurangnya 30 minit sehari menunjukkan tahap daya tenaga yang lebih tinggi secara hipotesisnya, mempunyai daya tumpuan yang lebih baik yang dapat memberi kebaikan kepada kebolehan pembelajaran..

Oleh, itu sebagai ibu bapa..galakkan anak kita bermain terutama permainan yang boleh memberi pengalaman dan memberi ilmu kepada anak kita..yang penting aktiviti bermain itu tidak melibatkan perkara yang membahayakan dan berisiko kepada anak kita..

Info dari Majalah Pa & Ma keluaran Jun 2009

post signature

0 comments:

Post a Comment