Monday, November 9, 2009

Duri - Fauziah Ashari



Ni lah hobi lamaku membaca novel sejak pergi ke perpustakaan JAS dan ada beberapa novel di sana aku pinjam kembali.Nak kongsikan mengenai novel Duri tulisan novelis kesukaan ku Fauziah Ashari. Sedikit sinopsis mengenai novel ini:-

"Ku dengar nafasmu dihembus angin yang menyapa"

sinopsis belakang buku:

DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur.


Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula ibu mentua yang egoistik.


Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara?


Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati sufi yang penuh duka dan dendam?
Ikutilah kisah sufi yang cuba mencabut DURI di hati.


Apa yang aku nak ulas tentang novel ni alah DURI yang menjadi elemen utama dalam novel ini..DURI=Dendam, inilah satu penyakit hati yang boleh memusnahkan hati dan diri manusia..novel yang bagus kerana dapat memberi iktibar kepada pembaca akan kesan dendam bila telah menguasai diri.

Ingat dendam bukan penyelesaian kepada setiap masalah. Perasaan marah yang tidak dapat dilenyapkan akan mewujudkan perasaan dendam. Maka hati akan berasa berat untuk memaafkan seseorang dan terbitlah perasaan benci serta ingin menjauhkan diri daripada orang itu.

Perasaan dendam juga akan menyebabkan kita menghukum pihak yang melakukan kesalahan dengan pelbagai perkataan buruk hina lagi mengaibkan yang tidak patut keluar daripada lidah jika kita benar-benar beriman kepada Allah.

Hendaklah kita sedaya-upaya menghindari untuk membalas kejahatan dilakukan orang lain dengan kejahatan atau mencela dan mengaibkan mereka. Jangan kita membalas celaan dengan celaan, umpatan dengan umpatan, caci-maki dengan caci-maki kerana ia hanya akan mengeruhkan suasana.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika ada seseorang mencelamu dengan sesuatu noda yang ada dalam dirimu, maka janganlah mencelanya dengan menunjukkan suatu noda yang ada di dalam diri orang itu." (Riwayat Imam Ahmad daripada Jabir bin Muslim)

Sumber dari http://rinntisan.blogspot.com/2009/09/review-24-duri-by-fauziah-ashari.html dan http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7345.0

post signature

0 comments:

Post a Comment