Saturday, November 14, 2009

Sumber Makanan Bantu Tidur Lena

Aku terbaca artikel ni masa dok selak majalah wanita keluaran 17-23 April 2009, mungkin panduan ni boleh digunakan oleh my lovely hubby..sian, kat myhubby sebab sejak jumaat lepas macam ade masalah nak tidur malam aje..bila bangun pagi mesti pening kepala sebab tak cukup tidur. Semoga panduan ni dapat membantu myhubby

Amalkan memakan makanan yang boleh memberi anda rasa tenang dan sekaligus boleh membantu mengatasi masalah sukar tidur. Lebih murah, jimat dan berkesan. Makanan tersebut ialah:-


1. Pisang
Pisang seperti ayam, beras merah dan sebagainya, buah pisang juga kaya juga kaya dengan tryptophan.



2. Salad
Menurut Gillian McKeith, pakar nutrisi holistik, mengambil salad pada malam hari boleh membuat anda tidur lebih nyenyak. Ini kerana zat yang menyerupai susu atau lactucin, yang terkandung dalam salad boleh membuat anda lebih relak dan tidur dengan lebih nyenyak.



3. Sayuran Hijau
Kandungan mineral magnesium yang terdapat di dalam sayuran hijau lebih efektif untuk memberi rasa tenang dan relak pada otot-otot dan saraf di dalam tubuh. Anda disarankan mengambil sayuran seperti kobis bunga, brokoli serta sawi di dalam menu anda.

4. Daging Ayam
Daging ayam mengandungi tryptophan iaitu sejenis asid amino. Tryptophan ini kemudiannya akan berubah menjadi hormon tidur melatonin yang ada di otak. Selain ayam, tryptophan ini boleh didapati di dalam beras merah, ikan, biji labu, tuna dan yogurt semula jadi.



5. Oat
Cuba nikmati semangkkuk oat di waktu malam. Ia amat baik kerana oat mengandungi zat yang bersifat menenangkan dan memperbaiki. Kandungan ini tentunya akan membuat tidur malam anda lebih nyenyak.



6. Madu
Kajian menunjukkan bahawa madu merupakan ubat tidur yang semula jadi. Ini disebabkan madu mengandungi bahan semula jadi yang dikenali dengan nama orexin. Zat ini boleh menenangkan dan merehatkan otak.

7. Karbohidrat Kompleks
McKeith juga menyarankan kepada anda agar mengambil karbohidrat kompleks yang boleh ditemui di dalam makanan seperti beras, gandum atau kentang. Memakan makanan yang mempunyai karbohidrat akan menggerakkan insulin yg penting membawa tryptophan ke otak.



8. Telur
Makanan yg kaya akan niasin ini sangat membantu anda untuk tidur dengan lebih nyenyak kerana terlibat dalam sintesis seratonin. Telur, ikan, ayam, kacang polong dan beberapa jenis makanan lagi antara yang kaya dengan kandungan niasin ini.



9. Teh Chamomile
Teh hangat boleh membuat anda relak, tetapi jika ingin tidur selama lapan jam setiap hari, teh ini adalah pilihan terbaik anda. Kata McKeith, teh ini mengandungi zat penenang semula jadi yang boleh merehatkan saraf yang tegang.


post signature

0 comments:

Post a Comment