Menurut teori Baumrind ada tiga kategori menjadi ibu bapa yang boleh diaplikasikan oleh ibu bapa.
1. Autoritative - Ibu bapa memberikan galakan dan petunjuk kepada anak dalam apa jua perkara yang dilakukan. Ibu bapa memberikan satu garis panduan apa yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat serta mengapa itu dan ini.
2. Autoritarian - Ibu bapa mendidik anak menggunakan kekerasan seperti rotan, arahan dan hukuman yang keras. Semua keputusan di tangan ibu bapa. Anak tidak layak bersuara.
3. Permissive - Ibu bapa memberi sepenuh kebebasan kepada anak-anak untuk melakukan apa sahaja. Ibu bapa juga tidak peduli apa yang dilakukan oleh anaknya itu sama ada ia baik atau buruk asalkan tidak mencampuri urusan mereka.
Yang terbaik adalah yang petama, anak menjadi lebih hormat kepada ibu bapanya di samping berkeyakinan dalam hidupnya.
Keibubapaan cara Rasulullah S.A.W
1. Bayi hingga 6 tahun (mummayiz) - melayan mereka dgn penuh kasih sayang, lemah lembut dan sering bergurau senda. Berikan didikan yang sewajarnya.
2. Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga baligh (14-16 tahun) - mendidik dgn displin dan tanggungjawab yang jelas dan tegas. Malah anak yang berusia 10 tahun boleh dipukul jika tidak mahu menunaikan solat.
3. Remaja akil baligh hingga dewasa - menganggap anak sebagai kawan, boleh bertukar-tukar pendapat dan menghormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syarak.
Tip ni sangat bagus pada ibu bapa2 terutama ibu bapa muda yang belum ada pengalaman, ditulis khas utk dikongsi bersama dengan kawan-kawan..sharing is caring..mari sama-sama kita buat yang terbaik untuk kita dan anak-anak..
***dipetik dari Majalah Pa & Ma Keluaran Oktober 2009.
Friday, October 2, 2009
Parenting Style
Posted by Nordiana Nordin at 2:10 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
testing
Post a Comment