Actually dari minggu lepas lagi nak buat this entry..yelah terkejut aku bila tau ada beberapa anak kat nursery tempat zana stay kena penyakit ni..yelah tak biasa sangat pasal penyakit ni..setahu aku penyakit ni berjangkit..then ada dapat info pasal penyakit ni di internet:-
Apa itu Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut
- Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tetapi ianya sering berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang tidak mempunyai daya tahan badan yang kuat.
Penyebab atau punca penyakit
- Penyakit ini disebabkan oleh kumpulan virus Entero seperti virus Coxsackie A, EV71 dan Echovirus. Pada lazimnya virus Coxsackie A16 adalah menjadi penyebab penyakit ini.
Tanda-tanda Penyakit
- Demam panas
- Sakit tekak
- Kurang selera makan
- Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah
- Ruam dan biji-biji berair (blisters) di tapak tangan dan kaki serta punggung (kawasan lampin
Pada lazimnya penyakit ini tidak membahayakan dan akan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh 7 – 10 hari. Akan tetapi kadangkala ia boleh menimbulkan komplikasi yang memerlukan rawatan intensif di hospital.
Cara- cara Merebak
- Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyakit berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan air liur, hingus dan cecair ruam. Ianya juga boleh berjangkit melalui makanan yang dicemari oleh najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini mudah merebak di minggu pertama pesakit menghidapinya.
Rawatan
- Tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk melegakan tanda-tanda yang dihidapi oleh pesakit. Langkah-langkah yang boleh diambil ialah seperti:
- Memastikan pesakit banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi (kekurangan cecair badan)
- Memakan ubat seperti panadol untuk mengurangkan panas badan dan sakit tekak
- Menggunakan ubat sapu untuk mengurangkan rasa pedih bagi ulser dalam mulut.
Ruam di tapak tangan dan kaki biasanya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Jika anak anda dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut:
- Pastikan pesakit berehat di rumah hingga sembuh
- Elakkan daripada bersekolah atau ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak hingga sembuh
- Elakkan berkongsi peralatan makanan dengan ahli keluarga
- Dapatkan pemeriksaan doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan
- Sejauh ini tidak terdapat vaksin bagi mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut.
Langkah-langkah Pencegahan
- Sentiasa menjaga kebersihan diri
- Mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampin yang kotor dan sebelum makan
- Jangan berkongsi barang-barang persendirian
- Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersiH
- Bersihkan semua permukaan yang tercemar dan cuci barang-barang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti;
- Pastikan barang-barang permainan kanak-kanak sentiasa bersiH
- Mengelakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sesak dan aktiviti-aktiviti berkumpulan.
PERINGATAN !
- Segera bawa berjumpa doktor atau ke Bahagian Kemalangan dan Kecemasan jika anak anda mempunyai tanda-tanda komplikasi seperti berikut:
- Demam panas yang tidak menurun
- Mengantuk dan kelihatan letih lesu
- Gelisah
- Muntah berulang-ulang dan tiada selera makaN
- Sesak nafas
- Degupan jantung laju
- Kembung peruT
- Tidak membuang air kecil
- Lemah anggota kaki
- Otot tersentak
- Pergerakan mata yang luar biasa
** Nampak la tindakan dari pihak nursery zana..semua tilam2 ditukar baru dan sarung2 bantal budak2 jugak diaorg dah basuh..cuma yang agak terkilan ada segelintir ibu bapa yang tetap hantar anak dia ke nursery walaupun dah pasti nak dia kena penyakit ni..tak patut la begitu takkan la nak bagi risiko pada anak2 lain hanya kerana tak ada org nak jaga anak dia kalau tinggal kan rumah..itula pentingnya sikap tanggungjawab..doaku senoga farzana dijauhkan dari penyakit ni..sian anak umi..dah le tetiba demam khamis lepas..tapi dah pi klinik allhamdulillah demam biasa je..
1 comments:
Nice info.
http://eyriqazz.blogspot.com
Post a Comment