Di hari jumaat yang mulia ini aku ada baca satu artikel pasal marah bagus artikel ni siap ade panduan kawal marah..kat bawah ni panduan nya:-
1. Kenal asal usul sifat marah, iaitu sifat tinggi diri yang ada pada seseorang.
2. Menyedari peranan syiatan yang suka membuat manusia marah. Syaitan menunggu ketika manusia dalam keadaan lemah seperti letih, tertekan, terburu-bur dan sebagainya.
3. Rasulullah S.A.W pernah menerrangkan bahawa org yang kuat bukanlah mereka yang memenangi pertarungan gusti tetapi yang berjaya mengawal kemarahannya.
4. Jika sedang marah, duduklah. Jika sedang duduk, baringlah.
5. Jika sedang bercakap, maka diamlah.
6. Mengambil wudhu'.
7. Menginginkan balasan yang baik. Menahan marah kerana mencari keredhaan Allah Azza wa Jalla.
8. Seseorang pernah bertanya "Wahai Rasulullah! Tunjukkan aku perbuatan yang memasukkan aku ke syurga." Rasulullah menjawab:"Engkau jangan marah."
Jadi bersama-samalah kita amalkan panduan ini..kawal api kemarahan kita dari terus membara..sharing is caring..
**dipetik dari Majalah Pa & Ma keluaran Oktober 2009.
0 comments:
Post a Comment