Friday, October 16, 2009

Cara Galakkan Anak Makan

Gambar zana..makan roti cokelat..tengah kelaparan ni..


Aku ada 15 cara yang bagus untuk ibubapa bagi galakkan anak makan iaitu:-



1. Sentiasa ada bersama anak ketika dia makan (seeloknya makan bersama-sama).

2. Jangan memaksa anak makan cepat. Biar dia menikmati makanannya.

3. Pujilah anak jika dia makan dengan elok dan dapat menghabiskan makanannya.

4. Semasa anak makan, beritahu dia apa yang sedang dimakannya itu dan khasiat yang terkandung dalam makanan tersebut.

5. Seelok-eloknya, biar anak makan sendiri dan jangan suap mereka.

6. Ingat, jangan mendesak anak utk makan banyak krn saiz perutnya tidak sama dengan saiz perut org dewasa.
7. Jangan galakkan anak makan hanya makanan yang digemarinya. Sebaliknya pelbagaikan makanan utk mereka supaya seimbang.

8. Pastikan anada memberi anak makan ketika dia lapar.

9. Jangan memaksa anak makan. Hal ini hanya akan memberikan tekanan kepada mereka dan menyebabkan mereka kurang selera.

10. Jadikan waktu makan waktu yg menyeronokkan.
11. Elakkan anak minum banyak air semasa makan bagi mengelakkan dia cepat kenyang.

12. Untuk merangsang anak makan, hiaslah makanannya.

13. Tetapkan jadual makan anak agar dia jadi lebih berdisplin.

14. Jangan beri anak makanan berat di antara waktu makan utamanya.
15. Elakkan memberi anak makan ketika dia mengantuk kerana dia mungkin akan tercekik atau tidak berselera.

* Dipetik dari Majalah Pa & Ma Keluaran November 2009.

post signature

0 comments:

Post a Comment