Thursday, October 29, 2009

Hacker Halted 2009

Beberapa hari ni aku sibuk settlekan pasal this program..sesuai untuk sesiapa yang berminat diaorg buat Conference on 10-111/11/2009 dan Workshop on 12-13/11/2009.

Ada 4 workshop so boleh pilih mana workshop yang korang berminat dan semalam dapat email terbaru pasal ni..best nye dapat tengok secara live tapi yang tak best nya masa dia on 7-10pm malam le, sape yang mau pergi..

Dear Hacker Halted Participants,

We are proud to extend our appreciation for your support by offering an extra session - “NIGHT HACK LIVE” on November 10, 2009 from 7pm – 10pm at NO EXTRA CHARGES. Night Hack Live is a special tailor-made session, featuring “live” hacking demonstration by 4 of top hackers with the latest tools and methodologies. An opportunity like this only comes once in a lifetime!

If you wish to attend the session, please revert to me on confirmation due limited seating. Hurry….don’t miss it!

So, sesiapa yang interested nak join this program can browse to this website www.eccouncilacademy.org

Ni brochure pasal that workshop..



post signature

Wednesday, October 28, 2009

Exam Undang-Undang Kerajaan


slip exam aku..silap register 2 bahagian patutnya ambik bahagian A aje..

Semalam aku exam Undang-Undang Kerajaan..masa keje kat UiTM tak payah susah kena ambil exam ni untuk pengesahan jawatan..ni dah masuk fully government kena lak ambik exam ni sebab lain skit syarat nya..

exam kat MAEPS, 1st time pergi sana nasib baik kami mintak kenderaan senang sebab dari JAS ada 4 orang ambik exam yang sama dan tempat yang sama..rupanya2 driver pun tak pernah pergi ke MAEPS tu..tapi allhamdulillah selamat sampai sana dalam area kul 8.45 tak le jauh sangat dari Putrajaya..

memang ramai le orang nya..sementara nak masuk kami stay kat luar dewan dulu..dalam kul 9.00 pagi dah masuk ke dewan dan cari2 tempat yang sesuai..duduk berselerak pun tak ikut angka giliran..satu meja duduk 2 orang..hehehe..

exam 3 jam..jenuh betul..lenguh betul tangan ni yelah nak dok menyalin jawapan nya..dari buku..memang jenuh soalan yang kuar banyak soalan tahun2 lepas..allhamdulillah aku dapat jawab semua 10 soalan..semoga aku dan kawan-kawan yang lain..lulus dengan jayanya..aminn..

post signature

Tuesday, October 20, 2009

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut


Actually dari minggu lepas lagi nak buat this entry..yelah terkejut aku bila tau ada beberapa anak kat nursery tempat zana stay kena penyakit ni..yelah tak biasa sangat pasal penyakit ni..setahu aku penyakit ni berjangkit..then ada dapat info pasal penyakit ni di internet:-


Apa itu Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut


- Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tetapi ianya sering berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang tidak mempunyai daya tahan badan yang kuat.


Penyebab atau punca penyakit


- Penyakit ini disebabkan oleh kumpulan virus Entero seperti virus Coxsackie A, EV71 dan Echovirus. Pada lazimnya virus Coxsackie A16 adalah menjadi penyebab penyakit ini.


Tanda-tanda Penyakit

  • Demam panas

  • Sakit tekak

  • Kurang selera makan

  • Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah

  • Ruam dan biji-biji berair (blisters) di tapak tangan dan kaki serta punggung (kawasan lampin

Pada lazimnya penyakit ini tidak membahayakan dan akan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh 7 – 10 hari. Akan tetapi kadangkala ia boleh menimbulkan komplikasi yang memerlukan rawatan intensif di hospital.


Cara- cara Merebak

- Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyakit berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan air liur, hingus dan cecair ruam. Ianya juga boleh berjangkit melalui makanan yang dicemari oleh najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini mudah merebak di minggu pertama pesakit menghidapinya.


Rawatan

- Tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk melegakan tanda-tanda yang dihidapi oleh pesakit. Langkah-langkah yang boleh diambil ialah seperti:

  • Memastikan pesakit banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi (kekurangan cecair badan)

  • Memakan ubat seperti panadol untuk mengurangkan panas badan dan sakit tekak

  • Menggunakan ubat sapu untuk mengurangkan rasa pedih bagi ulser dalam mulut.

Ruam di tapak tangan dan kaki biasanya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan. Jika anak anda dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut:

  • Pastikan pesakit berehat di rumah hingga sembuh

  • Elakkan daripada bersekolah atau ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak hingga sembuh

  • Elakkan berkongsi peralatan makanan dengan ahli keluarga

  • Dapatkan pemeriksaan doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan

  • Sejauh ini tidak terdapat vaksin bagi mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut.

Langkah-langkah Pencegahan

  • Sentiasa menjaga kebersihan diri

  • Mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampin yang kotor dan sebelum makan

  • Jangan berkongsi barang-barang persendirian

  • Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersiH

  • Bersihkan semua permukaan yang tercemar dan cuci barang-barang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti;

  • Pastikan barang-barang permainan kanak-kanak sentiasa bersiH

  • Mengelakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sesak dan aktiviti-aktiviti berkumpulan.

PERINGATAN !

- Segera bawa berjumpa doktor atau ke Bahagian Kemalangan dan Kecemasan jika anak anda mempunyai tanda-tanda komplikasi seperti berikut:

  • Demam panas yang tidak menurun

  • Mengantuk dan kelihatan letih lesu

  • Gelisah

  • Muntah berulang-ulang dan tiada selera makaN

  • Sesak nafas

  • Degupan jantung laju

  • Kembung peruT

  • Tidak membuang air kecil

  • Lemah anggota kaki

  • Otot tersentak

  • Pergerakan mata yang luar biasa


** Nampak la tindakan dari pihak nursery zana..semua tilam2 ditukar baru dan sarung2 bantal budak2 jugak diaorg dah basuh..cuma yang agak terkilan ada segelintir ibu bapa yang tetap hantar anak dia ke nursery walaupun dah pasti nak dia kena penyakit ni..tak patut la begitu takkan la nak bagi risiko pada anak2 lain hanya kerana tak ada org nak jaga anak dia kalau tinggal kan rumah..itula pentingnya sikap tanggungjawab..doaku senoga farzana dijauhkan dari penyakit ni..sian anak umi..dah le tetiba demam khamis lepas..tapi dah pi klinik allhamdulillah demam biasa je..


post signature

weekend activity

minggu ni aku tak ikut my parents back to sg buloh..farzana demam start on friday..so, just bawak zana ke klinik risau sebab kat nursery dia baru2 ni dok kecoh pasal penyakit tangan, kaki dan mulut..lagi2 macam aku ni mana le ada ape2 pengalaman..allhamdulillah zana ok..cuma doktor suruh more careful le..pasal kedaan nursery dia..semoga anak umi cepat2 sihat ye sayang..

then, around 3.30 p.m aishah, nurul arif dan aku kuar jap ke shopping complex want to buy something..bawak le zana sekali sian anak umi jalan pun cam org letih..tak ada mood betul dia..masam aje..

this sunday aku plan nak buat spagheti bolognese..tetiba rase nak makan spagheti..rebus2 le daging dan siapkan kuah..yummy2..sedap..lama tak makan..seronok bila bagi kat zana dia makan bukan main..walaupun demam selera ada..allhamdulillah..lega rasenya..licin jugak le spagheti yang aku buat sold out..heheee..

petang abg zam, abg zaidi dan abg zuri and family mai umah putrajaya..kire raya le..mak masak mee goreng dan beli lemang makan ngan rendang..riuh jugak le..yelah ramai..farzana cam pelik sebab ramai sangat org..siap nangis tengok org makan mee..sebab dia lapor suruh org suapkan dia sekali..

emm..ini lah my weekends activity..ahad tak ke mane2..just stay umah dan terima kunjungan abg2 sepupu ku tadi..

post signature

Friday, October 16, 2009

Cara Galakkan Anak Makan

Gambar zana..makan roti cokelat..tengah kelaparan ni..


Aku ada 15 cara yang bagus untuk ibubapa bagi galakkan anak makan iaitu:-



1. Sentiasa ada bersama anak ketika dia makan (seeloknya makan bersama-sama).

2. Jangan memaksa anak makan cepat. Biar dia menikmati makanannya.

3. Pujilah anak jika dia makan dengan elok dan dapat menghabiskan makanannya.

4. Semasa anak makan, beritahu dia apa yang sedang dimakannya itu dan khasiat yang terkandung dalam makanan tersebut.

5. Seelok-eloknya, biar anak makan sendiri dan jangan suap mereka.

6. Ingat, jangan mendesak anak utk makan banyak krn saiz perutnya tidak sama dengan saiz perut org dewasa.
7. Jangan galakkan anak makan hanya makanan yang digemarinya. Sebaliknya pelbagaikan makanan utk mereka supaya seimbang.

8. Pastikan anada memberi anak makan ketika dia lapar.

9. Jangan memaksa anak makan. Hal ini hanya akan memberikan tekanan kepada mereka dan menyebabkan mereka kurang selera.

10. Jadikan waktu makan waktu yg menyeronokkan.
11. Elakkan anak minum banyak air semasa makan bagi mengelakkan dia cepat kenyang.

12. Untuk merangsang anak makan, hiaslah makanannya.

13. Tetapkan jadual makan anak agar dia jadi lebih berdisplin.

14. Jangan beri anak makanan berat di antara waktu makan utamanya.
15. Elakkan memberi anak makan ketika dia mengantuk kerana dia mungkin akan tercekik atau tidak berselera.

* Dipetik dari Majalah Pa & Ma Keluaran November 2009.

post signature

Monday, October 12, 2009

farzana..naik kete..

sejak farzana dah setahun 5 bulan ni..dia paling suka naik kereta gerak2..kalu pergi shopping complex mesti dia tunjuk mane2 kereta gerak2 yang ada untuk dia naik..

bukan main bergaya lagi anak umi naik kereta gerak2..siap pegang stereng macam drive betul2..masa pergi sogo aritu sempat jugak dia naik kereta api..bila dah abis turun kan dia dari kereta api tu..menangis pulak dia..nak naik lagi..tapi sebab dah lambat angkat jugak le dia..ape lagi meraung le dia..

ni ada gambo aksi farzana naik kereta masa umur 1 tahun 5 bulan..

No.1 - zana naik kereta api di Alamanda..

No.2 & No.3 - zana naik kereta api di Sogo KL..

post signature

aktiviti hujung minggu

minggu ni aku ikut my parents back to sg buloh..kebetulan ada lak kenduri kawin Shikin..anak jiran kat 3/9..ingat dulu2..mak shikin keje kat kilang mercun..yang meletup beberapa tahun dulu tak ingat masa tu aku dalam tahun 4 area tahun 1991..allhamdulillah, mak shikin terselamat masa kejadian tu..

then, petang pulak on da way balik ke putrajaya kami singgah kat umah Faizal & Tasya kat Seksyen U5..diaorg buat open house..yummy2..makan lagi...ada bihun sup, nasi impit kuah kacang, lemang dan rendang ayam..semua sedap2..pandai tasya masak..

then, continue perjalanan ke putrajaya..sampai area 6.45 p.m

gambar kat umah tasya..

post signature

Saturday, October 10, 2009

standby until 3.00 a.m


jumaat ni aku kena standby sebab MAMPU buat PCN Overhaul untuk pejabat di 4G3 Presint 4, terpaksa le menstay back kan diri coz one of my staf back to village for weeding ceremony..sian pulak kalu biar sapuan stay back sorang..

lepas kul 5.00 ambik zana kat nursery dia..then, hantar ke umah..sempat le aku siap2 kan diri..nangis gak zana masa aku babai dia nak ke ofis semula tu..then, bila aku cakap umi keje..dia diam..dia paham..sayang anak umi..

sampai kat ofis dalam area 6.00 lebih..lepak2 kat ofis dulu..pas solat maghrib dan makan nasi tomato tapau masa jamuan BTM siang tadi..terus aku ngan sapuan join org2 NRE kat Menara..masa sampai diaorg pun dok makan2..around 8.00 p.m baru diaorg start kerja..

then, sempat le aku borak ngan Shahrul Rizal..ex-classmate aku..aritu dah perasan dia masa 1st meeting ngan pihak MAMPU..tapi that time aku rushing sebab nak back to my training class so tak sempat le nak tegur dia..

tak sangka 5 tahun dan shah keje kat Sapura..start from beginner as technician..and now he is the network engineer..lari le dari ISE ke networking..so far ok le..

proses testing server dah boleh dibuat around 12.00 a.m dalam ngantuk2 buat jugak le testing..then, tengah2 buat testing nampak ina lalu..eh, tak sangka ina pun standby jugak...yelah nak testing server2 aplikasi diaorg..best betul ramai org Nre yang standby..even SA diaorg lak tu..cam kami di JAS ni cuma berdua aje yang stand by..cedih nye..

then, dalam kul 3.00 lebih after test semua serve ok, dan test client kat level 3 pun dah ok..aku ngan sapuan decide utk balik..sapuan akan come tomorrow for double check..

tq, to sapuan susah payah dia iring aku sampai le dekat lif umah..susah2 aje..emm, sampai umah..tukar2 baju then, join zana tido..kata nenek masa zana baru2 tido dia bangun2 jugak kejap tengok kat sebelah umi dah balik ke belum..pastu dia tido balik..sian anak umi..sedih je umi dengar..



post signature

Friday, October 2, 2009

Panduan Kawal Marah


Di hari jumaat yang mulia ini aku ada baca satu artikel pasal marah bagus artikel ni siap ade panduan kawal marah..kat bawah ni panduan nya:-

1. Kenal asal usul sifat marah, iaitu sifat tinggi diri yang ada pada seseorang.

2. Menyedari peranan syiatan yang suka membuat manusia marah. Syaitan menunggu ketika manusia dalam keadaan lemah seperti letih, tertekan, terburu-bur dan sebagainya.

3. Rasulullah S.A.W pernah menerrangkan bahawa org yang kuat bukanlah mereka yang memenangi pertarungan gusti tetapi yang berjaya mengawal kemarahannya.

4. Jika sedang marah, duduklah. Jika sedang duduk, baringlah.

5. Jika sedang bercakap, maka diamlah.

6. Mengambil wudhu'.

7. Menginginkan balasan yang baik. Menahan marah kerana mencari keredhaan Allah Azza wa Jalla.

8. Seseorang pernah bertanya "Wahai Rasulullah! Tunjukkan aku perbuatan yang memasukkan aku ke syurga." Rasulullah menjawab:"Engkau jangan marah."

Jadi bersama-samalah kita amalkan panduan ini..kawal api kemarahan kita dari terus membara..sharing is caring..

**dipetik dari Majalah Pa & Ma keluaran Oktober 2009.

post signature

Parenting Style

Menurut teori Baumrind ada tiga kategori menjadi ibu bapa yang boleh diaplikasikan oleh ibu bapa.

1. Autoritative - Ibu bapa memberikan galakan dan petunjuk kepada anak dalam apa jua perkara yang dilakukan. Ibu bapa memberikan satu garis panduan apa yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat serta mengapa itu dan ini.

2. Autoritarian - Ibu bapa mendidik anak menggunakan kekerasan seperti rotan, arahan dan hukuman yang keras. Semua keputusan di tangan ibu bapa. Anak tidak layak bersuara.

3. Permissive - Ibu bapa memberi sepenuh kebebasan kepada anak-anak untuk melakukan apa sahaja. Ibu bapa juga tidak peduli apa yang dilakukan oleh anaknya itu sama ada ia baik atau buruk asalkan tidak mencampuri urusan mereka.

Yang terbaik adalah yang petama, anak menjadi lebih hormat kepada ibu bapanya di samping berkeyakinan dalam hidupnya.

Keibubapaan cara Rasulullah S.A.W

1. Bayi hingga 6 tahun (mummayiz) - melayan mereka dgn penuh kasih sayang, lemah lembut dan sering bergurau senda. Berikan didikan yang sewajarnya.

2. Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga baligh (14-16 tahun) - mendidik dgn displin dan tanggungjawab yang jelas dan tegas. Malah anak yang berusia 10 tahun boleh dipukul jika tidak mahu menunaikan solat.

3. Remaja akil baligh hingga dewasa - menganggap anak sebagai kawan, boleh bertukar-tukar pendapat dan menghormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syarak.

Tip ni sangat bagus pada ibu bapa2 terutama ibu bapa muda yang belum ada pengalaman, ditulis khas utk dikongsi bersama dengan kawan-kawan..sharing is caring..mari sama-sama kita buat yang terbaik untuk kita dan anak-anak..

***dipetik dari Majalah Pa & Ma Keluaran Oktober 2009.