Wednesday, December 29, 2010

Happy Besday to Me..

My Besday Cake..



Allhamdulillah, aku menyambut hari kelahiran ku yang ke-29 pada 28/12/2010..syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang menikmati kehidupan dia atas dunia yang fana ini..dengan tibanya hari kelahiran ku ini maka bertambahlah angka usia ku..allhamdulillah, syukur dengan segala nikmat yang aku perolehi dalam usia ku ini...kehidupan memang tak dapat lari dari ujian dan dugaan, namun hanya padamu tempat aku bersandar, bergantung dan memohon pertolonganmu..Cukuplah Allah sebagai pelindung dan Allah adalah sebaik-baik pelindung..

Kepada mak,abah, adik beradik dan kawan-kawan yang sudi menghantar ucapan selamat hari lahir beserta doa dan kata-kata semangat..terima kasih yang tak terhingga buat kalian..semoga doa dan restu kalian dimakbulkan oleh Allah....aminn

“Ya Allah! Kau panjangkanlah usiaku agar aku boleh mendidik dan membesarkan anakku menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah, agar aku dapat berbakti kepada Mak dan Abah dan paling penting, agar aku sempat mengumpul pahala amalan bagi kehidupan abadi di akhirat. Amiinnn!!!!”

Ni majlis kecil aku buat di rumah mak..sempat masak spaghetti untuk semua..allhamdulillah kuah licin spaghetti aje tak abis..hehehe..terima kasih kepada semua angah tak dapat join sebab keje..love u all very much..

Majlis kesyukuranku....






post signature

Akhirnya..Yang Retak telah Bertukar..

Pagi ni aku datang ofis terkejut sebab kanvas yang sebelum ni menutupi cermin di bilik aku telah tiada..rupanya cermin yang retak sejak 9 Ogos 2010 akhirnya telah digantikan semalam..lama betul dekat 4 bulan lebih baru perkara ni selesai..

Kira hadiah hari jadi aku la..sebab diaorg tukar semalam, aku kebetulan cuti pulak semalam, kengkawan bagitau diaorg pecahkan cermintu then, bukak pintu..so, i'm back to my room..miss my room very much..hehehe..

Ni gambar setelah cermin diganti....




Gambar sebelum ini pada 9 Ogos 2010....




post signature

Tuesday, December 21, 2010

Hikmah Haid Buat Wanita

Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca

“Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”;


Maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

Subhanaallah, bertuahnya jadi kaum wanita..buat rakan-rakan wanita bersama-samalah kita rebut peluang yang diberikan ini..dalam mencari cinta dan redha Allah..

post signature

Sunday, November 21, 2010

Seksa Allah..

Ada 3 perkara yang dapat mempercepatkan datangnya seksa Allah bagi para pelakunya, iaitu:-
1. Berbuat Zalim(aniaya)
2. Melanggar Janji
3. Berbuat Tipudaya


Bersama-samalah kita renung-renung2kandan muhasabah diri..semoga segala amalan tersebut sehabis kudrat kita cuba hindari demi meraih kehidupan yang diredhai oleh Allah..

Memang terdapat beberapa perkara yg menyebabkan hati diselaputi awan kegundahan. Namun, apabila ia kembali kepada Allah, menyerahkan segala permasalahannya kepadaNya, dan psarah kepadaNya dengan segala ketulusan keimanan di dalam hati, nescaya Allah akan melenyapkan kegundahan tersebut darinya. Tetatpi apabila yang dikatakan itu keluar dari hati yg lalai dan tidak tulus, tentu Allah tidak akan menghirukannya..

Sumber dari : Buku Jangan Bersedih Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan Tajuk : Biasakanlah Mengucapkan "Ya Dzaljalali wal Ikram"


post signature

Tuesday, November 16, 2010

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Surah Al-Inshirah Ayat 5 & 6)


Allah,telah menyatakan sebanyak dua kali dalam ayat yang sama, bahawa bagi setiap kepayahan, terdapat kemudahan. Semoga saya dan kawan-kawan akan bersikap cekal dan positif apabila berhadapan apa saja rintangan dan cabaran dalam kehidupan ini kerana saya tahu sebalik kesulitan dan kesukaran itu, tersembunyi sesuatu yang indah- nikmat yang disediakan oleh Allah Yang Maha Agung. Kita mungkin tidak dapat melihatnya sekarang, tapi ini tidak bermakna ianya tidak ada untuk kita.

Allah maha mengetahui ape yang tidak kita ketahui,jika kita meminta sesuatu yg tidak elok utk diri kita, allah akan memperkenankan permintaan tersebut mengikut cara-nya. kita mungkin merasakan yg kita tidak dapat apa yg kita minta, tetapi allah mungkin telah menyelamatkan kita drpd kehancuran atau kemusnahan yg mungkin disebabkan oleh apa yg kita pinta itu.


Ini ada satu kisah buat renungan kita bersama:-


Seorang wanita berdoa dgn allah dan memohon dikurniakan kesejahteraan di dunia dan akhirat.dia juga berdoa agar diberikan suami yang warak dan berjaya, anak-anak yg warak dan berguna, kerjaya yg cemerlang. tetapi dia diuji dgn cabaran demi cabaan sepanjang perjalanan hidupnya dan juga dalam kerajaya nya..

Dalam kerjaya - macam2 le..kena keje outstation le, kena beri kejA lebih le..sering dpersalahkan le..
Peribadi lak sebab sibuk..tak sempat nak kenal sape2..kendui kawan pun tak dapat nak hadir...
Dia kecewa dan tertekan, hanya berasa tenang bila berdoa dan membaca al-quran dan jaga ibu dia aje..Dia terus bersabar dan berserah pada allah.Dia sentiasa positif melalui bahtera kehidupan. dia sedar walau apa yg berlaku, semuanya berlaku mengikut perancangan allah.
Dia terus alami dugaan dan cabaran utk tempoh yg panjang..
Akhirnya dia dinaikkan pangkat, dia mula berurusan dengan org berbeza tidak lama selepas itu, seorang ahli perniagaan yang kaya, yang juga merupakan salah seorang rakan kongsi syarikat tempat dia bekerja, jatuh hati kepadanya lalu meminangnya.


Jadi, memang betul bahawa disebalik setiap kepayahan, ada kemudahan. Memohonlah - Allah akan mempertimbangkannya. Dan ada kalanya anda tidak bersetuju dengan apa yang berlaku, tetapi ianya baik untuk anda. Subhana Allah..


Sumber dari: Buku Hidup Bukan Rahsia karangan Zabrina A. Bakar Tajuk: Hadapi Cabaran Dengan Berani.

post signature

Friday, November 12, 2010

Terapi Kasih Sayang

Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa- apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.



Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.


Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu- satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.


Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama- lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.


BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat.


Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun


Sumber dari : Blog Puan Suzana

post signature

Friday, October 29, 2010

Puteriku Sayang - Hijjaz

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya


Sumber: Puteriku Sayang

post signature

Thursday, October 28, 2010

Nasyid..Oh..Nasyid..

Banner Festival Lagu-Lagu Dakwah..


Hari ni kementerian buat Festival Lagu-Lagu Dakwah..seronok sejak join this kementerian banyak program-program keagamaan yang dianjurkan rasa bersyukur diberi peluang oleh allah berkhidmat bawah kementerian ini..

Festival Lagu-lagu Dakwah kali ni disertai oleh 5 kumpulan dari jabatan-jabatan bawah kementerian. Jabatan aku awal2 dah kena tolak masa pusingan pemilihan, so tak dapat le bagi sokongan.

Kumpulan Hijjaz..


Artis jemputan kali ni Kumpulan Nasyid Hijjaz..hehehe, 1st time tengok diaorg secara live..memang seronok dengar nasyid diaorg secara live..memang sedap..subhanaallah..

Pasal festival lagu-lagu dakwah ni teringat zaman aku sekolah rendah dan sekolah menengah dulu, aku memang suka join nasyid..kalu ada majlis sambutan maal hijrah atau apa sahaja sambutan keagaaman mesti join..rindu rasanya pada saat2 tu..aritu diaorg ada gak emel ajak join..tapi bila dah keje masa agak terhad dan banyak tuntutan keje yang perlu diberi komitmen..jadi tugas la yang perlu diutamakan sebab tu la mata pencarian kita kan..

Lagu nasyid favourite aku yang terkini ialah nanyian Maher Zain..lagu2 dalam album dia sangat menyentuh hati..rasa tenang dan lapang bila dengar bait2 lagunya..paling aku suka lagu Insyaallah, Always be There dan Thank You Allah

Korang pernah join nasyid ke?Lagu nasyid favourite korang ape?



Antara kumpulan nasyid yang bertanding..


post signature

Friday, October 22, 2010

Umi..Apa tu??..

Gambar Terbaru Farzana..



Lama tak tulis cerita pasal my lovely princess..ari sabtu lepas farzana kena selesema teruk..then, asyik kuar tahi mata tak mata kiri dia..nampak cam sakit mata sahaja..bangun pagi ahad tu mata dia melekat2 dengan tahi mata memang sah la kena sakit mata..then, petang tu bawak farzana ke klinik dan dr memang sahkan dia sakit mata.So isnin aku ambik cuti untuk take care my lovely princess..cian anak umi..

Emm, pasal tajuk tadi..ayat "Umi, apa tu?" ayat popular yang keluar dari mulut farzana sekarang. Nampak sangat dia tengah mengexplore sana sini..setiap perkara yang dia nampak dia mesti akan gunakan ayat tu..farzana dah masuk 2 tahun 5 bulan..dah makin pandai berkata-kata..banyak gambar yang dia dah kenal..dan kartun favourite yang asyik diulang tayang ialah SpongeBob..naik muak aku tengok..hehehe..

Farzana nampak dah pandai beritahu bila dia nak ke toilet. nampaknya maybe start this month aku nak ajar dia buat toilet training..kena buat slow2..sebab dia macam dah nampak boleh buat..Tak apa, nanti kita sama-sama buat latihan ek sayang..

Cuma sejak akhir-akhir ni farzana agak kurang makan nasi..aritu pun cikgu nursery ada cakap dia dah kurang makan nasi..nasib baik minum susu ok..malah makin kerap kekadang..disebabkan kurang makan waktu kul 3-4 pagi dia mesti merengek nak mintak susu..semoga selera farzana back to normal..farzana terus sihat dan cergas menjalani kehidupan kita bersama..


post signature

Thursday, October 21, 2010

MASM 2010


Hari jabatan aku lancar sambutan MASM (Minggu Alam Sekitar Malaysia) 2010. Program dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Y.B. Dato Sri Douglas Unggah Embas.

Antara program masa majlis pelancaran tersebut ialah persembahan coral speaking, persembahan muzik daripada bahan terpakai oleh pelajar sekolah, penyampaian anugerah wira alam, penganugerahan bandar lestari, pameran kesedaran pengurusan e-waste dan alam sekitar.Tema MASM 2010 ialah Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama.


23hb pulak ada eco-hunt berbasikal bagi yang berminat boleh la join..then, mari la mai datang beramai-ramai lawat pameran..program berlangsung 21-23hb Oktober di tapak parking bersebelahan Istana Kehakiman, Putrajaya..


Sumber dari : JAS

post signature

Friday, October 15, 2010

Lambaian Kaabah..

Gambar Ramai-ramai..


Allhamdulillah, sampai juga hajat ayah dan mertua aku untuk pergi haji bersama tahun ni...penerbangan mereka pada 12/10/2010. Seawal pukul 4.00 pagi kami dah bergerak dari umah aku ke Kompleks Haji Kelana Jaya, sampai sana dalam jam 5.10 pagi..lepas solat Subuh, kami berkumpul sambil menunggu kedatangan adik beradik yang lain.

Lebih kurang jam 8.00 pagi ayah dan mak mertua ku dipanggil masuk untuk melaporkan diri, sedih dan sebak rasa dihati semasa bersalam dan berpelukan dengan mereka. Semoga segala perjalanan mereka berjalan lancar, mak mertua ku diberi kekuatan semasa dalam perjalanan nanti.

Kami with ayah dan mak..



Allhamdulillah, kedua mertuaku dah selamat sampai ke al-haram hotel madinah pada jam 8.40 malam waktu malaysia.Semalam pulak tetiba kuar gambar ayah mertua aku kena interview dengan wartawan pasal jemaah haji dinasihatkan jaga kesihatan.Nampak ayah kelihatan sihat.

Semoga Allah beri kekuatan, kerahmatan dan kesejahteraan kesihatan kepada kedua mertuaku sepanjang menjalankan ibadah haji, dipermudahkan segala urusan mereka di sana dan dikurniakan haji yang mabrur..miss both of u so much..

Bakal Haji dan Hajah..



post signature

Wednesday, October 13, 2010

Bersama Kita Fikirkan

Tidak perlu mencari secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tak sehebat Siti Hajar dan mengapa didambakan teman hidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri.
Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan.
Carilah kebaikan pada dirinya.
Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu di dunia dan akhirat.


post signature

Thursday, September 30, 2010

Jamuan Raya Jabatan


Rasanya lama aku tak menulis pasal ofis kan..hari ni jabatan buat Perhimpunan Bulanan, Jamuan Hari Raya dan Hari Malaysia..3 sambutan dalam satu..hehehe..langkah berjimat cermat.


Jamuan raya kali ni buat kat dewan utama..sangat meriah..siap ada pertandingan persembahan setiap aras..dan pemenangnya adalah aras kami.Actually BTM adalah juara bertahan 2 tahun berturut2..persembahan aras kami memang lawak le..gelak sampai pecah perut..siap ada yang terkeluar air mata..ape2 pun tahniah tu BTM geng..

Juadah jamuan biasa la satay, nasi hujan panas dan abc..selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua warga jabatan ku..esok jamuan bahagian pulak..


post signature

Wednesday, September 29, 2010

Teman

Mana Teman ?
Kawan yang pernah berborak sakan ...
Walaupun kita tak pernah dipertemukan ...
Seolah-olah kita dah lama berkenalan ....

Mana Teman ?
Rakan yang tak pernah aku suakan ...
Tapi sentiasa wujud dalam ingatan ...
Mungkin inilah takdir Tuhan ....

Mana Teman ?
Sahabat di alam maya yang tidak bersempadan ...
Hadir bukan sekadar jalinkan perhubungan ....
Tapi ikatan persahabatan yang tak mungkin aku
lupakan…..

Mana Teman ?
Kawan atau rakan ...
Sahabat mahupun taulan ....
Itu semua tidak menjadi persoalan ...

Yang pasti ...
Kita akan teruskan persahabatan ...
Selagi bumi berputaran ...
Selagi masa berjalan ...
Selagi Umur dipanjangkan ...
Dan selagi Tuhan izinkan ....
Jalinan persahabatan tetap kita teruskan ...

Insya Allah ....

post signature

Friday, September 24, 2010

Buat Teman

Setiap Anak Adam telah berjanji : Minta dilahirkan ke dunia untuk mentadbir bumi, menjadi khalifah



Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh),[1]- Sehingga kamu masuk kubur.[2]

Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)![3]Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)![4]

Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).[5](Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.[6]

Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)![7]

Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)![8]

Surah At-Takaathur ( Ayat 1-8)



post signature

Wednesday, September 15, 2010

Rahmat Sebalik Ujian



Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan Al-Quran kepada hamba-Nya, yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kita, siapa di antara kita yang lebih baik amalnya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Allah telah memuliakan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dia menghantar Rasul-Nya untuk mengeluarkan manusia daripada gelap gelita kepada cahaya terang benderang, menuju Tuhan. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu dengan tujuan dan bersebab.

Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi, dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, yang telah dihantar oleh Allah kepada Umat Manusia sebagai satu anugerah, membawa Rahmah ke seluruh pelosok alam. Demi Allah, sungguh tidak akan sesat orang yang berpegang pada tali agama Allah, menggigit Al-Quran dan Sunnah dengan gigi gerahamnya dan dia sama sekali tidak pernah mencari selainnya sebagai sesuatu yang lebih agung dan lebih utama.

Hidup ini adalah satu medan ujian. Dunia ini hanyalah sebuah persinggahan dan bukan destinasi. Sebuah perhentian dan bukan pengakhiran. Tanpa ujian, manusia takkan pernah terhantuk dan tengadah, bahkan akan terus lalai dengan dunianya sendiri yang penuh dengan angan-angan, hiasan syaitan. Ujian adalah satu bentuk interaksi antara Allah dan kita. Ujian membuatkan kita mendongak ke langit, menadah tangan memohon perhatian Tuhan. Kita selalu lupa, namun Allah tak pernah sekali-kali lalai daripada hamba-Nya.

Di hujung ujian ada Rahmat yang disediakan buat orang-orang yang berjaya, dan penyesalan buat orang-orang yang gagal. Jika kita tak pernah memahami atau cuba untuk mengerti hakikat ini, maka kita akan terus terkandas dalam ujian. Ujian demi ujian, keluhan demi keluhan, hidup terus berjalan dengan tertekan, tak pernah merasakan kenikmatan di sebalik ujian. Maka kita sangat perlu memahaminya, bahawa Rahmat Allah menanti di sebalik sesebuah ujian. Ujian itu takkan pernah hilang daripada papan cerita kehidupan ini.

Ujian membawa kita semakin dekat dengan pemberi ujian, mungkin juga sebaliknya. Ujian adalah lambang kasih sayang pencipta. Itu tanda Allah sentiasa mengambil berat dan tak pernah meninggalkan kita sendirian, kita bagaimana?

Ujian dan Iman

Firman Allah dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-2, ertinya:

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”

Ayat ini menggambarkan kepada kita betapa iman itu berkait rapat dengan ujian. Kenikmatan iman itu dikecapi setelah kita berjaya melalui beberapa siri ujian yang telah ditetapkan oleh Allah. Semakin hebat ujian, semakin manis iman yang bakal kita rasai di penghujungnya, bagi orang-orang yang berjaya melaluinya. Jika kita gagal menempuhinya dengan baik, kita akan terus diberi peluang dan didatangkan lagi dengan ujian-ujian yang lain. Kita akan semakin tersasar jika kita terus menerus gagal dan tak belajar menjadi lebih baik. Allah itu begitu Maha Pengasih dan masih memberi ruang kepada kita belajar daripada ujian.

Firman Allah lagi dalam surah Al-‘Ankabuut Ayat yang ke-3, ertinya:

“Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”


Iman itu memerlukan pembuktian. Seberat-berat ujian yang pernah kita alami, tak mungkin seberat Bilal Bin Rabah R.A. tatkala menampung batu besar di terik panas matahari padang pasir. Khabbab Bin ‘Arath R.A. begitu terseksa saat besi panas yang membara di atas kepalanya membakar dan menghanguskannya. Namun, mereka telah membuktikan keimanan mereka dan Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta. Di hujung penderitaan yang dialami generasi awal Islam itu, mereka mengakhiri kehidupan menuju alam abadi dengan penuh ketenangan.

Ujian itu adalah tempaan Allah buat orang-orang beriman. Pedang yang hebat takkan terbentuk jika tidak diketuk, dipanaskan dan ditempa dengan baik. Maka kita beruntung kerana Allah akan mengangkat darjat kita dengan ujian yang diturunkannya. Allah ingin memberikan berita gembira kepada kita jika kita bersabar atas ujian yang kita hadapi.

Lihatlah Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 155-156, ertinya:

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Kita milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan)””

Ujian Pelbagai Bentuk

Tahap ujian yang ditimpakan oleh Allah kepada manusia itu berbeza-beza, berdasarkan kepada keimanannya. Bentuk ujian itu juga pelbagai. Ada orang diuji dengan wanita, yang lainnya dengan harta, anak-anak, kesusahan, kawan-kawan dan sebagainya. Bagi para pelajar, peperiksaan itu juga satu bentuk ujian. Hakikatnya, kehidupan ini sendiri keseluruhannya adalah medan ujian, akhirat nanti medan ganjaran.

Biar apa juga bentuk ujian yang kita alami, Rahmat Allah tetap akan mengiringi jika kita menghadapinya dengan penuh sabar dan pengharapan kepada Allah. Allah sangat-sangat suka jika hamba-Nya mengadu kepada-Nya, menitiskan air mata di balik tirai malam dan mengakui kelemahannya. Tidak dapat tidak, ujian itu harus dilalui dengan penuh pengharapan kepada pertolongan Allah, kebergantungan yang sepenuhnya kepada pemilik diri kita. Jika tidak, kita akan buntu mencari jalan, kerana hanya Dia penunjuk jalan.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 153, ertinya:

“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan Solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”

Ayat ini begitu dalam maknanya bagi orang-orang yang ingin memahami, dan begitu berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’. Sabar dan Solat itu kunci dalam memohon pertolongan Allah. Sampai bila kita harus bersabar? Sampai Allah memberikan pertolongan. Selagi kita diuji, selagi itulah kita bersabar.

Rasulullah adalah orang yang paling hebat kesabarannya bahkan paling besar ujiannya. Dan baginda jugalah yang paling mulia di sisi Allah di kalangan seluruh Umat manusia. Maka ujian itu sememangnya menuntut kesabaran, dan kesabaran akan mengangkat darjat seorang manusia.

“Dari Abu Hurairah R.A., ada seorang lelaki berkata kepada Nabi S.A.W., “Berilah aku wasiat.” Rasulullah S.A.W. bersabda, “Jangan marah!” Beliau mengulang-ulang beberapa kali ucapan, “Jangan marah!” (HR Bukhari)

Kesimpulannya, ujian itu pasti. Pergantungan kepada Allahlah yang akan membuatkan kita tenang menghadapinya. Mungkin kita sudah puas membaca, sekarang mari kita sama-sama merasa. Wallahua’lam.

Sumber dari:iLuvislam

Oleh: Zulyunus
Editor: Nazarudin Yaacob

post signature

Tuesday, September 7, 2010

Kuih Raya..Oh..Kuih Raya..

Akhirnya, sampai jugak hari yang dirancang, aku dan mylovely adik ipar dok pakat buat kuih siput dan kuih buah rotan kat umah aku.

Kami mula dalam 11 lebih dok menguli-uli tepung untuk adunan kuih siput..ikut je resepi kat internet, tapi kami ubah skit tambah rempah kari bagi rasa kari kuat skit. Bila teringat pasa kuih siput ni memang kelakar le sebab jenuh kami cari acuan untuk buat kuih siput kat giant dan mydin..tak ada pun..then, masa kat umah aku dok terfikir2 la apa yang nak dijadikan acuan ni..then, terpandang senduk nasi aku..agak bulat2..dan kami pun cuba jadikan acuan..hehehe..berjaya..so, siput kami berbintik bulat-bulat bukan berjalur-jalur..siput moden ni..

Projek Kuih Siput..



selesai mengoreng dalam area jam 4.00 petang..dapat le 3 balang besar tu pun siput kami gedabak-gedabak kalu buat comel-comel..mesti lagi lama..jenuh jugak nak membuatnya..

Hasil Kuih Siput..



then, kami ke bazar ramadhan putrajaya beli juadah berbuka puasa..kemudian sambung projek kedua..kuih buah rotan..ni pun ada kisah menyedihkan..adunan kami besar kedabak gak pastu lembik dalam dia dah serupa macam kuih bom pulak..then, kami modify skit resepi tambah tepung gandum dan uli kecil-kecil..allhamdulillah kali ni ok..cuma yang tak larat kena uli kecil..memang letih dan memenatkan..projek abis dalam area jal 12.00 malam..tasya dan hubby dia balik ke umah..sian dorang malam-malam balik..

Projek Buah Rotan..




sepanjang aku dok buat projek membuat kuih farzana ikut serta jugak. Masa buat kuih siput dia pun nak melenyek kat atas senduk.Masa aku buat kuih buah rotan dia dok main tepung, abis berterabur tepung atas lantai dan kat baju upin ipin dia..hai, zana oh zana..dia pun nak gak buat kuih..

Farzana nak menyiput jugak..



allahamdulillah selesai la projek misi kami membuat kuih siput dan buah rotan..

post signature

Wednesday, August 25, 2010

Cantik Di Hati

1. Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
2. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
3. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
4. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
5. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
6. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
7. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
8. Ambillah waktu untuk memberi, itu akan membuat hidup terasa bererti.
9. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
10. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Sumber dari Majalah Mingguan Wanita Keluaran 13-19 Ogos 2010.

post signature

Tuesday, August 24, 2010

Pesanan Dari Imam AL Ghazali

Imam Ghazali : Apakah yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling DEKAT dengan
kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan
mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali: Apa yang paling JAUH dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah
MASA
LALU
. Bagaimanapun kita, apapun kenderaa n kita, tetap kita tidak akan
dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,
hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.



Imam Ghazali: Apa yang paling BESAR didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang BESAR sekali adalah
HAWA
NAFSU
(Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,
jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



IMAM GHAZALI Apa yang paling BERAT didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling BERAT adalah MEMEGANG
AMANAH
(Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Alla h SWT meminta mereka menjadi
khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah.



Imam Ghazali: Apa yang paling RINGAN di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling RINGAN
sekali
didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau
urusan
dunia, kita tinggalkan solat

post signature

Friday, August 20, 2010

Allhamdulillah..

Sempena hari Jumaat di Bulan Ramadhan yang mulia ini..mari kita hayati bait-bait lagu ini..semoga kita tidak akan lupa untuk sentiasa berterima kasih pada ALLAH S.W.T atas segala nikmat dan kurniaannya kepada kita..


I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong

I wanna thank You for bringing me home

--Song from Maher Zain...from Thank You Allah album.


Sumber dari blog one of my lovely friends : Dayana

post signature

Thursday, August 19, 2010

Bila Tercekik Tulang..

Tadi seorang ofismate aku tercekik tulang..bila petua orang tua kalau tercekik tulang suruh kepal nasi dan telan pada tempat yang tercekik tu..tapi dalam bulan puasa ni takkan la nak telan kepal nasi kan..

Kebetulan masa ceramah penghayatan Ramadhan awal bulan aritu oleh Ustaz Shauqi ada ustaz berikan panduan untuk kita lakukan bila tercekik tulang.

Baca Ayat 21 Surah Al-Hashr,

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (21)


Kita mesti yakin dan percaya kepada kekuasaan Allah, insyaallah tulang yang tercekik akan hilang dan baik seperti sediakala.


Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest.


post signature

Monday, August 16, 2010

Rawat Kanser Payu dara Menurut Al-Quran

Pagi ini aku berpeluang baca majalah Milenia Muslim..pertama kali baca majalah ini, dapat dari salah seorang kawan ofisku.

Aku nak kongsikan tajuk ni bersama kawan-kawna blog, semoga boleh diamalkan dan dikongsikan bersama-sama yang lain.


Untuk mengubati penyakit kanser payu dar itu, ikutilah peraturan di bawah ini:-

1. Sebelum tidur malam, masak beras kira-kira segenggam sampai hampir menjadi lontong.
2. Dalam keadaan panas-panas itu masukkan ke dalam satu plastik, ikat rapat dengan getah dan bungkus kali kedua dengan kain yg agak tebal. Ikat dengan tali atau getah supaya nasi tidak terburai.
3. Baca Surah Al-Fatihah sekali, Surah Ikhlas tiga kali dan Selawat Nabi tiga kali dengan niat bersungguh-sungguh di dalam hati supaya penyakit kanser itu dilenyapkan Allah S.W.T
4. Setelah selesai membaca bacaan tersebut di atas itu, lalu urut-urutkan bungkusan nasi panas itu ke payu dara hingga panasnya meresap ke dalam payu dara sambil membaca kalimat takbir (Allahu Akbar)terus menerus sampai nasi itu dingin.
5. Lakukan cara begini selama 21 malam. Insya Allah, anda akan melihat manfaatnya luar biasa.

Sebagai manusia, kita hanya berusaha dan berikhtiar. Kita wajib yakin bahawa Allah S.W.T mudah baginya untuk melenyapkan penyakit itu kembali menjadi air, menjadi angin, menjadi peluh dan sebagainya, dengan berkat kemuliaan dan keagungan wahyu-Nya yang berupa surah-surah yang dibaca itu dan berkat kemuliaan Nabi Muhammad S.A.W.

Sebagai orang Islam kita wajib meyakini bahawa tidak ada suatu penyakit pun yang mampu melawan firman Allah S.W.T


** Sumber dari : Majalah Milenia Muslim Keluaran Mac 2010.

post signature

Wednesday, August 11, 2010

Empat Punca Hidup Manusia Tidak Tenteram


Cawan Vs Air

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.

Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.


Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: ” Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! “Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!”

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah air , bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini – ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:

# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain . Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan ‘keseronokan’ atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

# Kita terlalu banyak ‘komplen’ dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya . Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya . Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah ‘kematian’ itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.


Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Jawapan baginda memeranjatkan lelaki itu: “Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak.”

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah. Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

Sumber email dari: www.iluvislam.com
dihantar oleh: delirium
Editor: deynarashid

post signature

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan..



"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" Al-Baqarah : 185

"Ramadhan is the (month) in which was sent down the Qur'an, as a guide to mankind, also clear (Signs) for guidance and judgment (Between right and wrong). So every one of you who is present (at his home) during that month should spend it in fasting, but if any one is ill, or on a journey, the prescribed period (Should be made up) by days later" Al-Baqarah : 185

Salam Ramadhan kepada semoga kawan-kawan blogger..mohon maaf andai tersalah kata dan bahasa..Tahun ni allhamdulillah, dapat berpuasa bersama myhubby semula semoga kami dapat menjalani ibadah ini dengan baik di bawah keredhaan dan rahmat Allah.

Kepada kengkawan semoga puasa kita diterima dan diredhai oleh Allah dan puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun lepas.. Marhaban Ya Ramadhan..Ahlan Wa Sahlan..

post signature

Monday, August 9, 2010

Aduhh..Retak La Pulak..



Hari ni aku masuk ofis setelah 4 hari bercuti menjaga my princess yang kena chicken pox..terkejut aku bila sampai aje ofis tengok pintu nak masuk ke bilik aku dah kena block dengan tanda bahaya..siap ade amaran tulis " awas!! cermin retak"..aduh, cermin kat tepi pintu bilik aku retak teruk ni..dah menanti masa nak jatuh ke bawah.Nasib baik ade tinted, kalu tak aku rasa dah lama cermin tu berderai jatuh ke lantai..

Nampaknya aku kena la merempat di mana-mana dulu sebelum siap sepenuhnya cermin bilik ku..macam2 aje..semoga cermin bilik aku pulih dengan cepat seperti sedia kala..hehehe..



post signature

Friday, August 6, 2010

Anak Kunci Meraih Kejayaan

1. Kunci kemuliaan adalah taat kpd Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasulnya.
2. Kunci Rezeki adalah berusaha disertai dengan istighfar dan ketaqwaan kpd Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
3. Kunci Syurga adalah Mengesakan Allah Subhanahu Wa Ta'ala (Tauhid).
4. Kunci Iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan tanda-tanda kebesaran-nya yg ada pd makhluk-makhluknya.
5. Kunci kebaikan adalah kejujuran.
6. Kunci kehidupan hati adalah merenungkan al-Quran, berdoa di malam hari, dan meninggalkan perbuatan dosa.
7. Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu utk bertanya dan mendengar dengan baik.
8. Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar.
9. Kunci kebahagiaan adalah taqwa.
10. Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur.
11. Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap dunia.

" Apabila pada suatu hari dunia ini penuh dengan tawa ria, maka pada keesokan harinya akan penuh dengan tangisan. Alangkah buruknya negeri di dunia ini".


Sumber dari Buku: Jangan bersedih Anda Boleh Menjadi Wanita Paling Bahagia. Tulisan Dr.'Aidh bin Abdullah Al-Qarni.


post signature

Monday, August 2, 2010

Chicken Pox..Oh..Chicken Pox..

Zana kena chicken pox..



Ari jumaat lepas..malam tu ada cam ruam kat sekitar mulut farzana..aku ingat tu alergik makanan..sebab farzana memang biasa ada ruam2 sekitar bibir lagi2..kalu makan makanan yang dia alergik..badan dia macam dedar2 gak tapi sebab aku ade bengkel petang tu..terpaksa gak hantar dia ke nursery..

Balik nursery petang tu..aku dah rasa lain macam kat zana..demam dia makin kuat..pastu nampak makin banyak bintik2 di badan nya..terus bawak farzana ke klinik..dan doktor sahkan farzana kena chicken pox..

Start jumaat tu bintik-bintik merah makin banyak yang keluar, kat badan, tangan , kaki dan kepala..nampaknya kena buat perintanh berkurung pada farzana..jenuh gak nak menjawab pada dia bila dia dok ajukan pertanyaan "mi. nak jalan" tu la ayat sinonim farzana bila tiba hari sabtu dan ahad sebab bagi dia sabtu dan ahad adalah hari berjalan..

Hari ni dah hari ke-3 farzana kena chicken pox..bintik-bintik merah dah makin kering..aku pun kena la ambik cuti nak jaga farzana..semoga anak umi cepat sembuh dan baik seperti sedia kala.farzana allhamdulillah masih aktif cuma kekadang dia merengek cakap gatal..

Ni sedikit info masalah chicken pox:

Chicken pox juga dikenali sebagai cacar air, jintungan atau bertih (mengikut dialek daerah). Ia disebabkan oleh virus Varicella (kumpulan virus herpes) dan amat mudah berjangkit. Ia berlaku pada semua peringkat umur, biasanya pada kanak-kanak. Ia lebih teruk sekiranya berlaku kepada orang dewasa. Rebakan adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang dijangkiti. Rebakan juga berlaku melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala dari penghidap chicken pox.

Pengidap chicken pox boleh merebakan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh terus menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping. Kayap (herpes zoster) ialah infeksi dari virus yang sama dan berlaku pada di masa hadapan (umur dewasa).

Tanda dan Gejala

Pengidap chicken pox akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. Kawasan bintik-bintik merah melibatkan muka, kepala, dada, belakang dan akhirnya seluruh tubuh. Ruam chiken pox akan timbul kurang dari 2 minggu selepas jangkitan berlaku.

Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan bilangan boleh mencecah ratusan biji dan kemudian membentuk gelembung berisi air. Bila gelembung berisi air pecah ia menjadi kering dan berkeruping. Rasa gatal sederhana atau teruk menyebabkan pesakit akan menggaru dan akhirnya menyebabkan parut.

Gejala lain ialah sakit perut, tiada selera makan, sakit kepala, rasa tidak selesa, letih dan terganggu. Penghidap juga ada batuk ringan, hidung berair dua hari sebelum bintik-bintik merah timbul.

Komplikasi

Ruam atau cacar air Chickenpox akan berkurangan dalam jangka masa 2 minggu dan biasanya tiada komplikasi. Adakala penyakit boleh jadi teruk walaupun pada kanak-kanak yang sihat dan mengakibatkan komplikasi teruk termasuklah kematian. Kumpulan berisiko untuk jangkitan serta mendapat komplikasi teruk:

* Bayi baru lahir, di mana ibu tidak penah mengidap chicken pox atau pelalian chicken pox.
* Ibu mengandung menyebabkan kesan pada bayi dalam kandungan seperti tak cukup berat dan kecacatan anggota boleh berlaku. Sekiranya ibu mengidap chickenpox seminggu sebelum kelahiran, ia boleh menyebabkan jangkitan serius serta membahayakan nyawa pada bayi.
* Orang yang lemah atau kurang daya tahan akibat penyakit lain seperti HIV, barah sumsum tulang (leukaemia) dan pesakit kanser dalam rawatan kemoterapi. Orang yang mengambil steroid berpanjangan pesakit asma dan sindrom nefrotik.
Penghidap sakit radangan kulit (inflammation eczema).

Komplikasi akibat chicken pox:

* Jangkitan kulit- menjadi lebam merah, bengkak dan sakit. Dehidrasi akibat muntah berterusan atau tidak minum air. Tanda dehidrasi ialah kurang kencing, mulut kering dan dahaga.
* Kerosakan otak akibat radangan otak. Tanda-tanda radangan otak ialah sakit kepala teruk, keliru, mudah marah, leher keras dan belakang mengeras serta tidak sedarkan diri.
* Radang sendi- sendi menjadi sakit, kejang dan bengkak
* Jangkitan paru-paru (Pneumonia)- tanda-tanda seperti batuk, susah bernafas, pernafasan berbunyi (wheezing) dan sakit dada.

Rawatan

1. Ubatan anti-viral :

Acyclovir atau immuno globulin diguna untuk merawat chicken pox. Rawatan amat berkesan sekiranya diambil segera dalam tempoh 24 jam dijangkiti. Ia akan mengurangkan keterukan dan komplikasi akibat chicken pox. Semua orang dewasa mendapat kebaikan dari rawatan antiviral di awal penyakit terutama yang kurang sistem daya tahan (orang lanjut usia, pesakit diabetes, pengidap HIV& AIDS serta rawatan steroid).

2. Rawatan antibiotik

Komplikasi akibat chicken pox ; radangan kulit dan radangan paru-paru memerlukan rawatan antibiotik. Pesakit yang mendapat radang otak hendaklah dimasukkan ke hospital untuk rawatan antivirus.

3. Rawatan di rumah

* Sapu losyen calamine.
* Ubatan antihistamin kurangkan gatal-gatal
* Panadol untuk demam

Pencegahan

Pelalian memberi ketahanan sepanjang hayat, diberi pada umur 12-18 bulan. Pemberian pelalian- bawah umur 13 tahun terima hanya 1 dos, selepas umur 13 tahun. 2 dos, selang masa 4-8 minggu antara dos 1 dengan dos 2. Pelalian aktif diberi kepada kanak-kanak berisiko (antara 1- 5 tahun) sekiranya ahli keluarga ada chiken pox.

Sumber dari : Chicken Pox

Zana dan Chicken Pox..



post signature

Friday, July 30, 2010

Maher Zain - InsyaAllah

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame

Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way

Sumber dari : islamiclyrics.net

post signature

Thursday, July 29, 2010

Maher Zain - Always Be There

Alllahu Akbar…

If you ask me about love
And what i know about it
My answer would be
It’s everything about Allah
The pure love, to our souls
The creator of you and me,the heaven and whole universe
The one that made us whole and free
The guardian of HIS true believers
So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us

So when the time is hard
There’s no way to turn
As HE promise HE will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

HE bring ourselves from the darkness into the light
Subhanallah praise belongs to YOU for everything
Shouldn’t never feel afraid of anything
As long as we follow HIS guidance all the way
Through the short time we have in this life
Soon it all’ll be over
And we’ll be in His heaven and we’ll all be fine

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And HE knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As HE promise He will always be there
To bless us with HIS love and HIS mercy
Coz, as HE promise HE will always be there
HE’s always watching us, guiding us
And he knows what’s in all in our heart

So when you lose your way
To Allah you should turn
As HE promise HE will always be there…

Allahu Akbar…


Sumber dari : islamiclyrics.net

post signature

Wednesday, July 28, 2010

Adab Istighfar dan Taubat

Istighfar - memohon ampun dari dosa-dosa kecil
Taubat - memohon ampun dari dosa-dosa besar.

Antara adabnya ialah:-
1. Fahami setiap ibadah kita adalah kerana Allah S.W.T
2. Menghindari diri dari melakukan dosa kecil dan besar.
3. Menyegerakan istighfar dan taubat.
4. Raikan waktu penerimaan istighfar dan taubat seperti waktu sebelum subuh, selepas solat dan hari jumaat.
5. Menyesali dosa dan maksiat yang dilakukan walaupun kecil.
6. Berazam tidak mengulangi dosa tersebut.
7. Duduk bersimpuh mengadah kiblat semasa istighfar.
8. Taubat dengan hati bukan secara lisan sahaja.
9. Tinggalkan maksiat dan dosa walaupun kecil.
10. Kembalikan hak-hak orang yang dizalimi.
11. Gantikan keburukan dengan kebaikan.
12. Perbaiki diri menjadi lebih baik.


Sumber Dari Program Tanyalah Ustaz : Episod 67 bertajuk Zikir dan Istighfar.

post signature

Tuesday, July 27, 2010

Mi..Nak Jalan..

Itula, dialog famous bagi farzana setiap kali tiba hari sabtu dan ahad. Asal bangun sahaja dari tido dia akan keluarkan ayat tu " Mi,Nak Jalan" pastu terus sibuk pilih baju jalan dan pakai sendiri..Nampanya bagi farzana hari sabtu dan ahad adalah hari berjalan-jalan..

Pastu kalau nak pergi mana-mana tak boleh cakap awal2 kat dia..nanti dia dah mula kalut dan kelam kabut.kelakar sangat, nampak sangat anak umi ni dah makin paham apa yang orang cakap..

Sabtu lepas aku dan zana jalan dengan mak dan ayah aku..ke Jusco Cheras Selatan tujuan utama nenek nak belikan hadiah untuk cucunya..kelakar betul,macam-macam mainan farzana pilih seperti mainan mekap, anak patung, piano..semua kena reject akhirnya kami belikan dia mainan doktor2..sib baik dia ok..

Hadiah yang Zana dapat..



Sempat jugak le farzana pau umi dengan naik taxi mainan dan main game mengutip dorayaki doraemon..dia nak naik kuda pusing tapi aku tak bagi sebab dah lambat..meragam gak la dia..

Zana naik taxi dan main kutip dorayaki..



Seronok tengok zana jalan sambil berpimpin tangan nenek dan atuk..hehehe..aku jalan sorang2 aje..bagi peluang pada atuk dan nenek dia..kami makan dan dalam area jam 2.00 lebih balik ke rumah..


post signature

Friday, July 23, 2010

Tip Anak Cergas

Anak-anak akan gembira jika mempunyai ramai rakan sebaya.Ini kerana aktiviti yang dilakukan bersama adalah paling digemari oleh kanak-kanak. Jadi sediakan alat permainan yang sesuai untuk anak anda bermain seperti mainan susun kiub dan blok. Biarkan anak-anak mengembangkan imaginasi dan kreativitinya dengan permainan.

Sumber dari Majalah Pa & Ma Keluaran Julai 2010.


post signature

Thursday, July 22, 2010

Buat Para Suami - Jika Isteri Menangis Dihadapanmu..

Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat."

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan mensia-siakannya. ..
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. ..
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya. ..
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa KEDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".


Sumber dari: Facebook Hanny

post signature

Wednesday, July 21, 2010

Membentuk zuriat/anak-anak yang soleh dan solehah

1.Ibu Bapa berusaha menjadi soleh dan solehah.
2.Menjaga adab pernikahan dan perkahwinan.
3.Menjaga adab ketika mengandung dan kelahiran anak.
4. Beri anak makanan yang halal.
5. Didik anak mengikut sunnah Rasulullah S.A.W
6. Carikah guru yg baik dan hebat untuk beri bimbingan pada anak.
7. Doakan anak agar menjadi anak soleh dan solehah.


Sumber dari Program Tanyalah Ustaz : Zuriat Episod 53

post signature

Wednesday, July 14, 2010

Meningkatkan Keyakinan diri Anak

1. Memberi pujian kpd anak-anak
Setelah dia melakukan kerja dgn sempurna walaupun agak perlahan, anda tetap memberikan pujian kepadanya.

2. Beri perhatian dan kasih sayang
Ia adalah berkaitan dgn emosi. Kanak-kanak yg berasa dirinya dikasihi oleh ibu bapanya mempunyai tahap keyakinan tinggi dlm dirinya.

3. Hormati hak kanak-kanak
Memang benar kanak-kanak acapkail membuatkan anda hilang sabar dgn kenakalannya, tetapi dgn cara layanan umpama tidak menghargai kehadirannya membuatkan dia berasa rendah diri.

4. Beri tindak balas
Jika anak anda berbicara dgn anda, beri tindak balas dgn mendengar apa yg ingin diucapkannya. Biarkan dia meluahkan apa yang dia rasa dan ingin berkongsi dgn anda.

5. Jangan beri janji manis

Kanak-kanak seorang yg berpegang pd janji. Tunaikan apa yg anda pernah ucapkan kepadanya. Jika janji itu diabaikan, dia akan merasa dirinya tidak dihargai dan tidak dihormati.

6. Cintailah diri sendiri
Usah sesekali membiarkan anak memandang rendah kepada personalitinya.Galakkan dia supaya mencintai dirinya. Ini sekaligus membuatkan dia begitu menghargai dirinya.

Sumber dari Majalah Pa & Ma Keluaran Julai 2010.


post signature

Tuesday, July 13, 2010

Tip Keluarga Bahagia

Tip Rumahtangga Yang bercirikan Syurga
1. Meningkatkan ilmu pengetahuan pd seisi rumah itu.
2. Penghayatan agama yang berterusan.
3. Memastikan seisi rumahtangga dalam keadaan sihat sejahtera dan aman damai.
4. Perlu adanya pengukuhan ekonomi.
5. Komunikasi yg cemerlang.
6. Wujudnya kemesraan antara suami dan isteri.
7. Suasana rumahtangga yg selesa.

Tip Komunikasi Keluarga Cemerlang
1. Berkongsi melakukan tugasan di rumah.
2. Berbincang dalam membuat perancangan sesama ahli keluarga atau sebelum membuat keputusan yg memberikan kesan kpd keluarga.
3. Menggunakan humor yg bersesuaian utk mengurangkan ketegangan yg disebabkan oleh konflik yg mungkin berlaku.
4. Meraikan hari ulangtahun perkahwinan dan hari lahir bersama ahli keluarga.
5. Makan malam bersama.
6. Beribadah secara berjemaah.
7. Riadah bersama keluarga atau membawa keluarga pergi bercuti di tempat yang bersesuaian.

Tip Komunikasi Cemerlang, Gemilang , Terbilang Pasangan Suami Isteri
1. Berdoa kpd Tuhan untuk sentiasa disayangi oleh pasangan.
2. Sentuh dan tegur pasangan sebelum menyambung kerja lain apabila pasangan balik ke rumah.
3. Berlatih utk menjadi pendengar yg baik.
4. Memberi pujian kpd pasangan mengenai penampilan masing-masing dan memberi galakkan kpd perubahan yg cuba dibuat oleh pasangan.
5. Memujuk apabila pasangan marah atau berkecil hati.
6. Ucapkan kata-kata sayang atau romantik dua kali sehari.
7. Memberi perhatian terhadap perkara yg disampaikan oleh pasangan dengan tekun.
8. Peluk pasangan dengan penuh kasih sayang tujuh kali sehari.
9. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat yg diberikan oleh pasangan.
10.Sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan kemas seperti baru berkahwin.

Sumber dari : Utusan Malayasia Isnin 12 Julai 2010.

Bersama-samalah kita ambil iktibar untuk diamalkan bagi mencapai keredhaan dan keberkatan Allah dalam rumah tangga kita.

post signature

Monday, July 12, 2010

Kite bertanya, Al-Quran menjawab

JANGAN MENGELUH ...........
Kita selalu Bertanya.....................dan Al-Quran sudah
menjawabnya...................


KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami
telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak
diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?


QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!


QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Dapat dari email seorang rakan lama. Bersama-sama kita renung-renungkan dan ambil iktibar.

post signature