Monday, November 23, 2009

Khasiat Matahari



Hari ni nak cerita pasal Matahari..ada dapat sedikit info tentang khasiat Matahari:-

Manusia memerlukan cahaya matahari supaya sel badan dapat berfungsi dengan baik. Apabila cahaya memasuki mata, ia melalui retina ke beberapa kelenjar di dalam badan yang akan bertindak balas kitaran tidur dan bangun, selera makan, metabolisme, pengeluaran hormon dan mood seseorang.

Sinaran Ultra violet dan cahaya matahari diserap ke dalam tubuh melalui kulit, menjanakan penghasilan vitamin D. Memang kita, boleh mendapatkan vitamin D dari minyak ikan dan susu, tetapi vitamin D yg dijana oleh kulit sendiri adalah jauh lebih aktif dalam badan.

Vitamin D sangat penting untuk mengimbangi metabolisme, menyerap kalsium dan phosporus yang berperanan memberikan gigi dan tulang yg kuat terutama kanak-kanak yg sedang membesar.

Namun jangan terlalu lama terdedah kepada sinar matahari yg boleh menyebabkan kulit terbakar. Jadi, jika perlu sapukan krim pelindung matahari apabila anda bersama anak di luar rumah. Waktu yg sesuai untuk melakukan aktiviti untuk kanak-kanak ialah antara jam 7 pagi hingga 9 pagi, ketika ini cahaya matahari belum panas terik..

Info dari Majalah Pa & Ma keluaran Disember 2009.

post signature

0 comments:

Post a Comment