Sebagai ibu bapa tentu kita rasa gembira dan teruja bila anak kita dah boleh menyebut beberapa patah perkataan dan seterusnya boleh bercakap seperti orang dewasa..allhamdulillah, sejak dah berumur 1 tahun 6 bulan ni farzana dah makin petah bercakap..banyak perkataan yang boleh zana sebut dengan baik antaranya babah, umi, nenek, ucu, alang, makcik, nak , abis, air dan macam2 lagi..bila baca buku aku ajarkan perkataan zana akan ikut sikit-sikit kekadang bunyi betul kekadang pelik je bunyi nya..
Kebetulan aku ada dapat panduan mudah untuk kita memastikan anak bercakap dengan cara yang betul dan berhemah iaitu:-
1. Biarkan Bercakap
-Jika anda melarang anak ini drpd meniru apa yg anda ucapkan, ia akan membuatkan anak hilang minat utk menyebut perkataan yang didengarnya. Memang benar, anda tidak merasa selesa apabila si kecil meniru percakapan anda tetapi biarkan sahaja. Ini kerana dia dalam tempoh belajar bercakap dan perbendaharaan kata.
2. Mencari kata-kata baru
- Sebagai ibu bapa adalah orang yg paling rapat untuk anak anda melakukan peniruan bahasa. Jadi, ungkaplah perkataan baru yang boleh anak tiru utk menambahkan perbendaharaan katanya. Berbuallah dgn anak-anak dan biarkan dia belajar bahasa baru. Malah anak kecil boleh didedahkan dgn penggunaan bahasa asing seperti Arab, Inggeris dan Mandarin.
3. Sebutan yang jelas dan perlahan
- Si kecil masih sukar utk menyebut perkataan yg baru didengarnya. Jadi utk memastikan sebutannya jelas dan betul, anda perlu berbicara dengannya dgn perlahan tetapi jelas. Buka mulut ketika mengucapkan perkataan, sebutan itu disebut dgn betul. Dgn ini, proses pembelajaran berjalan dgn lancar.
4. Penjelasan makna
- Apabila si kecil mengucapkan kata-kata yg tidak baik(ungkapan yg kasar) dan tidak tepat, jangan terus memarahinya. Jelaskan kepadanya bahawa kata-kata itu tidak baik. Perlu juga menjelaskan apa makna perkataan itu dan gantikan perkataan itu dgn perkataan yang sopan. Katakan sikapnya yg meniru kata-kata tidak baik tidak disukai Allah. "Allah sayang adik, jika adik cakap dgn perkataan yg sopan"
5. Awasi kata-kata
- Jangan terkejut jika si kecil mengucapkan kata-kata yg tidak baik kpd anda atau saudara mara anda. Memang benar, anda tidak mengungkapkan kata-kata tidak baik kpdnya, tetapi pengaruh persekitaran membuatkan anak kecil ini mudah meniru. Pengaruh drpd television, rakan sebaya, sepupu, teman sebaya dan pengasuh akan mempengaruhi percakapan anak ini.
6. Berikan penghargaan
- Kanak-kanak suka apabila dirinya dihargai. Begitu juga jika si kecil meniru perkataan yg baik, berikan tindak balas positif misalnya memberikan pujian kpdnya. "Anak umi, ni memang bagus, sudah pandai berkata `terima kasih`." Ini memberikan dorongan kpd anak ini utk terus bersikap begitu seterusnya. Juga anda, boleh memberikan pelukan dan senyuman sebagai tanda anda menyukai sikapnya itu.
***Info dari Majalah Pa & Ma keluaran Disember 2009.
Saturday, November 21, 2009
Bila Anak Pandai Bercakap
Posted by Nordiana Nordin at 3:46 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment