Ni gambar puteri kesayangku
Nama : Nur Farzana Mohd Fauzi
Tarikh Lahir : 30 April 2008
Gambar ni diambil masa kami berkelah beramai-ramai kat The Woods Resort Ulu Yam..pada Oktober 2009.Inilah pertama kali kami bawak farzana pergi air terjun. Seronok betul farzana dapat pergi air terjun walaupun mulanya dia takut jugak nak masuk dalam air sebab sejuk tapi bila dah tengok sepupu-sepupu yang lain mandi dan main air dia pun ikut jugak main air..
The Wood Resort adalah kawasan perkelahan yang masih terpelihara keindahannya..dipenuhi pokok-pokok yang hijau dan deruman air terjun pasti memikat hati pengunjung yang datang. Tempat ini bukan sahaja sesuai untuk berkelah bersama keluarga tapi juga dijadikan tempat perkemahan lengkap disediakan tapak dan kelengkapan perkhemahan serta bekas pemanggang bagi aktiviti barbeque.
Keindahan alam semula jadi masih segar dan dijaga dengan baik. Kebersihan juga tetap diutamakan dengan menyediakan tong sampah di setiap pondok-pondok berehat.Air terjun pun bersih dari sebarang sampah sarap.
Cuma sikap prihatin akan alam sekitar dan menjaga kebersihan perlu diamalkan dan dipupuk oleh setiap pengunjung bagi menjamin kebersihan dan keindahan air terjun ulu yam ini terus terjaga dan terpelihara.
Aktiviti luar seperti ini sangat sesuai bagi kanak dari bayi ke 6 tahun. Masa peringkat umur inilah kita perlu mendidik mereka untuk mengenal, mencintai alam sekitar sambil mendidik dan memupuk sikap menjaga dan memelihara kebersihan alam sekeliling.
Ibu bapa boleh membawa kanak-kanak ke pantai, air terjun , taman negara atau zoo negara di mana terdapat pelbagai haiwan dan tumbuhan bagi mendedahkan anak-anak mereka kepada hipuan semulajadi yang lain. Aktiviti ini juga dapat menanam rasa cinta dan sayang kepada hidupan lain.
Oleh itu, ibu bapa harus lah mengambil peluang yang ada ini untuk membawa anak-anak menjalankan aktiviti luar seperti berkelah, bekhemah atau bersiar-siar ke pantai, air terjun , taman negara, zoo negara atau di mana sahaja kawasan alam semulajadi bagi memupuk kecintaan dan rasa sayang pada alam semulajadi.
MomBloggersPlanet contest page : http://www.mombloggersplanet.com/1899/cutest-baby-photo-contest-november-09/
PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my
AliceWonders : http://www.alicewonders.com
Thursday, November 5, 2009
MomBloggersPlanet Cutest Baby in NATURE Contest
Posted by Nordiana Nordin at 9:13 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
alaaa tomeynya budak ni.. menarik contest ni..tp xderk gambar outdoor yg hah suke..uhuhu
Post a Comment